Mukadimah & Objektif

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmat, kita telah di anugerahkan pelbagai jenis struktur muka bumi. Struktur muka bumi ini terdapat pelbagai jenis, ada yang tinggi dang ada juga yang rendah. Kami bukan pengkaji "Struktur muka Bumi", jadi tidak perlulah bagi kami menerangkan dengan panjang lebar mengenai struktur muka bumi. Kami adalah pencinta alam semula jadi..."and we belong to nature..."

OBJEKTIF

Penubuhan "Southern Adventurer's Community" adalah untuk dijadikan satu medium yang dapat mengumpulkan para pencinta flora dan fauna sambil menjalankan aktiviti rekreasi yang mencabar sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Selain dapat  mengeratkan ikatan persaudaraan antara ahli, komuniti ini juga boleh di jadikan medium untuk berkongsi pendapat dan bertukar idea mengenai apa jua perkara sambil dapat bersama-sama memelihara keaslian flora dan fauna di muka bumi ini.

"Southern Adventurer's Community" merupakan satu komuniti yang dahagakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung (mount climbing), berakit menuruni jeram (rafting), memanjat tembok batu (rock climbing), menyelam ke dasar lau (scuba diving), mengembara di dalam hutan (jungle trekking), dan beberapa lagi aktiviti lasak yang lain.

"Southern Adventurer's Community" juga tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran keahlian kerana komuniti ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan terhad untuk kuota yang di tetapkan bagi setiap pengembaraan.

"This is non-profit oranization".

SYARAT UNTUK MENJADI AHLI

1) Mengikuti tiga daripada program yang di anjurkan oleh "Southern Adventurer's Community".

No comments:

Post a Comment