Thursday, 3 May 2012

Teknik Memilih/Membeli Khemah

Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:


1.Jenama - jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.
2.Harga - Bergantung kepada kemampuan dan keperluan
3.Kegunaan (fungsi) - untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan
4.Perlindungan - dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai ‘netting’. di pintu dan ‘ventilation’ yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut.
5.Ukuran - Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.
6.Kalis air - kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%
7.Tahan lasak - sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.
8.Mudah dipasang dan dibuka - lagi senang dipasang lagi bagus

No comments:

Post a Comment