Ketinggian: 2147 kaki (654 m)
Sabtu,
Kami tiba di kaki Gunung Pulai Lebih kurang pukul 3 setengah petang. Hujan lebat memaksa kami menunda perjalanan kami sehingga jam menunjukkan pukul 4 lebih. Hujan mulai reda dan kami memulakakan perjalanan Ke puncak Gunung Pulai. Untuk ke puncak Gunung Pulai, kami melalui trek jalan raya yang bermula dari tempat parking kereta sehingga ke puncak Gunung Pulai. Sampai sahaja di pintu gerbang yang tertulis "Selamat Datang ke Hutan Lipur Gunung Pulai" dan disinilah trek sebenar bermula yang memakan masa hampir 2 jam untuk sampai ke puncak.
Di sepanjang trekkami dapat lihat beberapa pokok yang telah tumbang dan tanah runtuh (tapi tak teruk sangat). Lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke puncak, kami di sajikan dengan pemandangan yang agak mempesonakan.Matahari terbenam di ufuk barat. Pemandangan ini boleh disaksikan di tepi laluan trek pendaki tanpa perlu menebas semak samun.
Selepas berehat di Viewpoint 1, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Puncak Gunung Pulai (walaupun puncak sebenar tidak boleh di naiki ). Perjalanan kami ke puncak terhenti di hadapan pintu pagar kem tentera yang memisahkan penncawang ke-2 dan pencawang ke-3. Kami tiba lebih kurang pukul 6 lebih.
Setelah berehat, kami meneruskan perjalanan turun ke base camp kerana kami tidak dibenarkan camping di Viewpoint 1. Lebih kurang pukul 8, kami tiba di base camp yang bersebelahan dengan air terjun.
Dengan semangat yang berkobar untuk melihat matahari terbit, kami merancang untuk melakukan pendakian ke-2 pada awal pagi. Pendakian ke-2 di mulakan pada jam 5 pagi. Daripada 5 orang yang memulakan pendakian pertama, hanya 2 orang yang meneruskan misi untuk menawan Gunung Pulai buat kali ke-2. Kami sampai di Viewpoint 1 pada jam 6 pagi.
Semasa kami berehat, kami di beritahu oleh beberapa pengunjung untuk pergi ke Viewpoint 2. Dari Viewpoint 2, kami dapat lihat Selat Melaka dan Singapura. Kami kurang bernasib baik kerana cuaca kurang baik dan bagi yang inginkan pemandangan yang lebih jelas,pergi pada bulan selain daripada musim hujan kerana pemandangan di tutupi oleh awan.
p/s: untuk lebih banyak gambar sila klik sini.
No comments:
Post a Comment