Ketinggian: Gunung Panti Barat (1684 kaki / 513 m)
Gunung Panti (1498 kaki / 456 m)
Gunung Muntahak (2080 kaki / 634 m)
Sabtu,
Kami tiba di Kg Lukut lebih kurang pukul 9 pagi dan pendakian di mulakan di Kg Lukut. Pendakian dimulakan lebih kurang pukul 10 pagi dan ketibaan kami di Hutan Simpan Panti disambut dengan hujan yang turun dari awal pagi lagi. Keadaan trek agak licin tetapi perjalanan naik tetap berjalan dengan lancar dan kira-kira 30 minit sebelum sampai ke puncak, terdapat satu kawasan batu 90 darjah yang sedikit menguji secara teknikal.
Tragedi,
Dalam perjalanan turun, 2 orang daripada ahli kumpulan kami telah tersesat. Mujurlah dengan bantuan Guider, mereka berjaya keluar dengan selamat. 2 orang yang sesat berjaya sampai di base camp lebih kurang pukul 7. Kami agak bernasib baik kerana tiada diantara kami yang tercedera.
Ahad,
Dalam pukul 10, kami memulakan pendakian untuk menawan puncak terakhir untuk ekspedisi kali ini iaitu puncak Gunung Muntahak. Kami memulaka perjalanan megikuti trek berhampiran air terjun kota tinggi. Perjalanan ke puncak memakan masa 1 setengah jam. Kami berehat dan makan tengah hari di puncak. Tepat jam 1 petang, kami memulakan perjalanan untuk turun semula ke tempat parking kereta. Kami berjaya sampai di kaki gunung muntahak lebih kurang pukul 2 lebih. Misi kali ini tetap di klasifikasikan sebagai "BERJAYA".
p/s: untuk butiran gambar, sila klik sini.
No comments:
Post a Comment