Jumaat
Kami berkumpul di stesen KTM (Keretaapi Tanah Melayu) Kempas
lebih kurang pukul 9 pagi. Kami dijadualkan bertolak pada pukul 9 setengah
tetapi terdapat sedikit kelewatan dan kereta api hanya bergerak lebih kurang pukul 10 pagi.
Kami tiba di KTM Labis lebih kurang pukul 12 tengah hari. Kami makan tengah
hari di Pekan Labis sebelum memulakan perjalanan ke Kg Tenang. Kami memulakan
misi menawan puncak Gunung Cabang Tiga disimpang perkuburan Islam Kg Tenang.
Tepat pukul 4 petang, kami memulakan perjalananmemasuki Hutan Simpanan Kekal
Labis. Lebih kurang satu jam perjalanan, kami berehat dan menukar kasut dan
pakaian yang lebih sesuai sebelum meneruskan perjalanan meredah Hutan Simpanan
Kekal Labis. Lebih kurang pukul 7, kami berhenti di satu kawasan lapang
berhampiran dengan air terjun dan bermalam di situ. Kami tidak di nasihatkan
untuk berjalan malam atas faktor-faktor keselamatan.
Sabtu
Lebih kurang pukul 8 setengah pagi, kami memulakan perjalanan
untuk meredah Hutan Simpanan Kekal Labis sebelum sampai di kaki Gunung Cabang
Tiga, dimana di kaki gunung ini jugalah merupakan waterpoint yang terakhir.
Perjalanan kali ini memakan masa agak lama keranan trek agak kabur dan sukar
untuk di lihat. Jadi terpaksalah guider kami menebas semak dan pokok yang
menghalang jalan untuk kami sampai ke destinasi yang di tuju. Kami tiba di kaki
gunung atau waterpoint yang terakhir lebih kurang pukul 4 dan disini barulah
bermula pendakian sebenar untuk ke puncak Gunung Cabang Tiga. Keadaan trek yang
kering sedikit sebanyak membantu pendakian kami menjadi lebih mudah. Kami tiba
di puncak Gunung Cabang Tiga lebih kurang pukul 6 lebih dan orang terakhir yang
tiba di puncak lebih kurang pukul 7 malam. Dari atas puncak, anda dapat melihat
Gunung Besar yang terletak bersebelahan dengan Gunung Cabang Tiga, Gunung
Ledang dan beberapa gunung lain. Kami bermalam di puncak Gunung Cabang Tiga.
Ahad
Kami memulakan perjalanan turun dari puncak Gunung Cabang
Tiga seawall pukul 7 pagi. Hasrat untuk menawan Gunung Besar tidak kesampaian
keranan kami kesuntukan masa dan diikutkan perancangan awal, kami perlu
bergerak dari puncak Gunung Cabang Tiga seawal pukul 5 pagi tetapi disebabkan
terdapat sedikit masalah teknikal kami tidak dapat menawan puncak Gunung Besar.
Dengan masa yang ada, kami terus menuruni Gunung Cabang Tiga dan tiba di kaki
gunung lebih kurang pukul 10 pagi. Di kaki gunung, kami makan dan berehat
sebelum meneruskan perjalanan meredah Hutan Simpanan Kekal Labis. Kami keluar
dari Hutan Simpanan Kekal Labis dan tiba di Kg Tenang lebih kurang pukul 2
petang.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami tetap berpuas hati dengan
ekspedisi ini kerana Berjaya menawan puncak Gunung Cabang Tiga walaupun pada
awalnya perancangan kami adalah untuk menawan puncak Gunung Cabang Tiga dan
Gunung Besar. Ekspedisi kali ini tetap di kalsifikasikan Berjaya walaupun
sedikit lari dari perancangan awal.
p/s: untuk melihat gambar-gambar lain,anda boleh klik di Galeri.
p/s: untuk melihat gambar-gambar lain,anda boleh klik di Galeri.
No comments:
Post a Comment